Ibu bapa wajar diberikan akses CCTV pusat asuhan

Iklan
Undian yang dilakukan di Facebook dan Instagram.

SHAH ALAM - Kebanyakan masyarakat bersetuju ibu bapa wajar dibenarkan untuk mengakses kamera litar tertutup (CCTV) di pusat asuhan kanak-kanak, susulan beberapa kes penderaan yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Ia berdasarkan tinjauan pendapat yang dilakukan Sinar Harian secara dalam talian di platform Twitter, Facebook dan Instagram.

Iklan
Iklan

Undian yang dilakukan di Facebook mendapati 94 peratus pelayar menyatakan wajar untuk ibu bapa mengakses CCTV, manakala enam peratus lagi menyifatkannya sebagai tidak wajar.

Keputusan sama juga diperoleh melalui undian di Twitter, apabila 94 peratus daripada 141 undian yang dibuat bersetuju, manakala selebihnya menyatakan tidak wajar.

Iklan

Sementara undian di Instagram pula mendapati 95 peratus responden bersetuju dan berpandangan ibu bapa wajar diberikan akses melihat CCTV dan lima peratus pula merasakannya tidak wajar.

Pengguna Instagram, @komik_sempoi berkata, ibu bapa mempunyai hak untuk mengaksesnya bagi memastikan kebajikan anak.

Iklan

Berbeza dengan @fyrdaus_zolkarnain yang melihatnya sebagai tidak wajar kerana ada dua isu utama yang perlu diberikan perhatian.

Undian yang dilakukan di X (Twitter).

"Isu itu adalah antara memantau keselamatan anak-anak dan memerhati gerak-geri petugas oleh seseorang yang tak bertanggungjawab atau psiko. Sejauh mana pula ‘link’ CCTV tidak tersebar kepada pihak lain.

"Keselamatan anak-anak itu juga terdedah, namun jika dipantau secara terus oleh agensi tertentu ditambah dengan data rakaman dan wajib diserah setiap tahun kepada pihak berkaitan, ia lebih baik.

"Pemantauan secara berkala oleh pihak berwajib dan pemeriksaan mengejut juga perlu dibuat,” katanya.

Minggu lalu, tular video berdurasi dua minit 12 saat memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditendang, ditampar dan rambut ditarik oleh pengasuh di sebuah taska di Luyang, Sabah.

Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak lelaki itu ditampar dan dipukul menggunakan pembaris di muka dan kepala berkali-kali ketika hendak makan.

Susulan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri memberi amaran akan mengambil tindakan tegas dengan tidak memperbaharui lesen pengusaha taska yang tidak mematuhi syarat wajib pemasangan CCTV di premis mereka.

Jelasnya, syarat itu termaktub di dalam Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, namun masih ada pengusaha yang mengabaikannya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ibu meraung lihat CCTV anak dipukul di taska

Video bapa serang pengasuh taska pula tular

Pemasangan CCTV dipertimbang jadi syarat wajib perbaharui lesen taska

KPWKM rancang kuat kuasa undang-undang pasang CCTV di taska