IHH lancar kempen ‘Ready For You’

Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Malaysia (IHH), Jean-Francois Naa (tengah), Ketua Pegawai Komersial IHH, Sipika Singh (kiri) dan Dr Jeewadas Baladas ketika menyempurnakan gimik pelancaran Kempen 'Ready For You' di Hotel Mandarin Oriental pada Rabu.

IHH Healthcare Malaysia melancarkan kempen ‘Ready For You’ untuk melahirkan individu dengan kemahiran praktikal dalam menyelamatkan nyawa seseorang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jean Francois Naa, sebagai penyelia penjagaan kesihatan terkemuka, pihak bersedia sepenuhnya untuk bertindak balas kepada perubatan kecemasan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, terdapat beberapa kecemasan perubatan yang mungkin memerlukan tindakan segera di lapangan sebelum tibanya perkhidmatan ambulans dan paramedik.

"Kemahiran praktikal berkenaan penting agar mereka dapat memberikan intervensi yang cepat dan tepat semasa pemberian asas perubatan kecemasan.

Iklan

"Menerusi kempen ini, IHH Healthcare Malaysia akan menyediakan latihan bantuan pernafasan (CPR) dan defibrilator luaran automatik (AED) kepada 1,000 pekerja daripada pelbagai sektor perkhidmatan termasuk klinik swasta, pusat insurans, pendidikan, perbankan, hospitaliti dan e-hailing,” katanya sewaktu pelancaran ‘Ready For You’ di Mandarin Oriental pada Rabu.

Tambah beliau lagi, apabila ramai komuniti mempunyai kemahiran CPR dan penggunaan AED maka terdapat kemungkinan lebih tinggi seseorang yang memerlukan bantuan perubatan kecemasan boleh selamatkan.

Acara pelancaran kempen ‘Ready For You’ turut mengadakan aktiviti memberi rawatan kecemasan CPR.

Iklan

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersialnya, Sipika Singh berkata, kempen itu diadakan adalah untuk mewujudkan kesedaran dan menyemai keyakinan masyarakat mempelajari dan menghulurkan bantuan kecemasan.

Beritahu Sipika, kadar kelangsungan hidup boleh meningkat dengan ketara sehingga 89 peratus sekiranya seseorang menerima rawatan segera.

"Di samping itu, kami juga ingin menjadikan rakyat Malaysia dengan kemahiran hidup praktikal sekiranya berhadapan kecemasan. Kempen ini merangkumi inisiatif nilai tambah kerana ia melibatkan orang ramai.

"Bukan itu sahaja, ia juga bertujuan untuk meraih penglibatan kumpulan umur yang pelbagai. Kami yakin inisiatif ini akan mewujudkan kesedaran kepada orang ramai bahawa pentingnya memberikan respon segera,” ujarnya.

Dalam pada itu, bagi melengkapkan kempen ini, orang ramai boleh memuat turun e-book pertolongan cemas yang mengandungi petua penting untuk menguruskan kecemasan perubatan asas.

E-book berkenaan boleh didapati di laman web Pusat Perubatan Gleneagles, Pantai dan Prince Court.

Pada masa sama, kiosk amali pertama CPR juga telah dilancarkan untuk mendidik masyarakat mengenai rawatan berkenaan. Kios interaktif ini akan ditempatkan di hospital IHH Healthcare Malaysia terpilih dan lokasi rakan kongsi strategik.