Pengawal keselamatan mengaku salah amang seksual, pukul anak tiri

Iklan
Tertuduh (kanan) di Mahkamah pada Rabu.

JOHOR BAHRU - Seorang pengawal keselamatan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas lapan pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.

Tertuduh membuat pengakuan berkenaan setelah kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Siti Noraida Sulaiman dan A Sharmini.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan sejak tahun 2020 hingga awal bulan ini.

Berdasarkan lapan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan amang seksual terhadap mangsa sejak 2020 hingga 1 Ogos tahun ini, iaitu semenjak mangsa berusia 10 hingga 13 tahun.

Iklan

Atas perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukan hukuman penjara 20 tahun serta sebatan. Tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 16(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun serta sebat tidak kurang daripada dua sebatan.

Tertuduh yang berusia 47 tahun, turut mengaku salah terhadap satu lagi pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini kerana memukul kembar kanak-kanak itu, sejak 2020 hingga Jun tahun ini.

Iklan

Tertuduh didakwa telah memukul mangsa menggunakan tangan, kaki, dan tali pinggang sejak 2020 hingga Jun tahun ini.

Atas perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau boleh denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kedua-dua anak tirinya yang kini berusia 13 tahun di sebuah rumah di Johor Bahru.

Bagi lapan pertuduhan cabul, mahkamah menetapkan 21 Ogos ini untuk penyediaan fakta kes serta tarikh jatuh hukum.

Manakala bagi kes pukul, mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara 10 hari dan denda RM1,000 yang mana jika gagal akan dipenjara selama sebulan.

Kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fadilah Johanuddin dan Shamira Mohd. Luthfi Ismail, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.