Ibu, rakan tomboi tak mengaku salah dera budak 7 tahun

Iklan

BERITA MOJO 16 OGOS 2023

Seorang ibu tunggal serta rakan serumahnya yang juga seorang warga Singapura berpewatakan lelaki atau lebih dikenali dengan panggilan (tomboy), mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menganiayai dan mengabaikan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di taman perumahan Layangkasa, Pasir Gudang, Jumaat lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Iklan
Iklan

Kedua-duanya membuat pengakuan berkenaan di hadapan hakim, Fatimah Zahari setelah pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dan sepanjang prosiding berlangsung, mereka dilihat saling mengalirkan air mata.

Bagi pertuduhan pertama, Nurul Ashiqin Mohamad Zahir, 27 tahun yang juga merupakan ibu kandung Muhammad Eiman Darwish dan rakannya, Awiin Chua, 30 tahun didakwa menganiayai mangsa tempoh 1 Julai 2023 sehingga 9 Ogos hingga mendatangkan kecederaan fizikal kepada mangsa.

Iklan

Bagi pertuduhan kedua pula, kedua-dua rakan serumah itu didakwa mengabaikan kanak-kanak berkenaan antara tempoh 1 Julai 2023 sehingga 9 Ogos.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/274064/berita/semasa/ibu-rakan-tomboi-tak-mengaku-salah-dera-budak-7-tahun

Iklan

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarTerkini