PATTANI - Dua lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Daerah Nong Chik, Pattani, selatan Thailand hari ini.
Ketua Polis Wilayah Pattani, Pol Maj Jen Archan Chansiri berkata, pasukan keselamatan mengepung sebuah rumah dipercayai tempat persembunyian dua anggota militan di Kampung Koh Morkaeng, Nong Chik, kira-kira 3 pagi (waktu tempatan) hari ini.