Polis berkas tiga lelaki disyaki rogol gadis bawah umur

Iklan
Polis menahan tiga lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat merogol gadis bawah umur pada awal pagi Isnin lalu.

BATU PAHAT - [DIKEMAS KINI] Polis menahan tiga lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat merogol gadis bawah umur pada awal pagi Selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, kesemua lelaki berusia 18 hingga 20 tahun itu ditahan pada jam 3.35 pagi di sekitar Batu Pahat.

Iklan
Iklan

"Polis menerima satu laporan polis daripada seorang wanita warga tempatan yang menyatakan anaknya yang berusia 12 tahun dan masih bersekolah dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga rakannya yang dikenali melalui media sosial.

"Bertindak atas maklumat, polis kemudiannya berjaya memberkas kesemua lelaki berkenaan.

Iklan

"Polis juga telah membuka kertas siasatan bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Ismail, Majistret Mahkamah Batu Pahat juga telah membenarkan kesemua lelaki tersebut ditahan reman selama tujuh hari mulai 16 hingga 21 Ogos, bagi membantu siasatan.

Iklan