Seorang lagi ahli politik Ecuador maut ditembak

Iklan
Gambar hiasan

BUENOS AIRES - Kurang seminggu sejak calon presiden Ecuador, Fernando Villavicencio ditembak mati ketika berkempen di Quito, seorang lagi ahli politik menerima nasib yang sama di barat laut negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pedro Briones dari parti Revolución Ciudadana (Revolusi Sivik) ditembak mati pada Isnin di bandar pantai Esmeraldas.

Iklan
Iklan

"Ecuador sedang berdepan zaman paling berdarah dalam sejarah. Kerajaan yang tidak cekap telah diambil alih oleh mafia," menurut hantaran calon presiden parti Luisa González di platform X (Twitter).

"Tanda solidariti saya ditujukan kepada keluarga Komrad Pedro Briones, mangsa keganasan. Perubahan amat diperlukan," tambah González.

Iklan

Rabu lalu, calon pembangkang Villavicencio ditembak mati selepas berkempen bagi pilihan raya di Quito. Kerajaan menyalahkan organisasi jenayah terancang.

Villavicencio sebelum ini mengumumkan tindakan keras terhadap rasuah dan jenayah.

Iklan

Dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, datuk bandar pelabuhan Manta dan calon untuk kerusi di Dewan Negara di Esmeraldas juga ditembak mati.

Rakyat Ecuador akan memilih presiden baharu pada Ahad.

Presiden konservatif Guillermo Lasso membubarkan Dewan Negara di tengah-tengah prosiding pemecatan terhadapnya kerana dakwaan penyelewengan. - Bernama/dpa