Ribuan penduduk Haiti lari dikepung kumpulan kongsi gelap

Iklan
Penduduk di daerah Carrefour Feuilles melarikan diri ketika kumpulan kongsi gelap mengganas di daerah tersebut. - AFP

PORT-AU-PRINCE - Ribuan penduduk di daerah Haiti melarikan diri daripada keganasan dicetuskan kumpulan kongsi gelap yang menguasai kira-kira 80 peratus Port-au-Prince.

"Kami hidup dalam keadaan yang sukar dan tidak tahu hendak pergi ke mana-mana" kata Elie Derisca, seorang penduduk di daerah Carrefour-Feuilles di selatan Port-au-Prince memberitahu AFP.

Iklan
Iklan

Menurut anggaran oleh Jabatan Pelindungan Awam Haiti, sekurang-kurangnya 3,120 orang melarikan diri dan dijangka ramai lagi akan melakukan tindakan sama.

"Pegawai polis di kawasan itu sudah tidak mampu mempertahankan kami. Akibatnya penyamun mengambil alih rumah kami," kata Derisca.

Iklan

Selain itu, penjenayah turut merompak dan membakar rumah di kawasan kejiranan dan menyebabkan beberapa kes kematian.

Kekacauan dapat dilihat di jalan raya sekitar Carrefour Feuliies pada Selasa dan menyaksikan penduduk membawa beg pakaian di atas kepala manakala yang lain menyusun tilam dan perabot atas kereta mereka.

Iklan

Dalam satu kenyataan, polis berikrar untuk menentang kumpulan itu, tetapi itu tidak memberi jaminan kepada penduduk tempatan yang terus melarikan diri dari daerah itu. - AFP