Penjaga bangunan jalankan khidmat rawatan facelift

Iklan
Rawatan menegangkan kulit amat popular di Vietnam dan pelanggan sanggup mengambil risiko menggunakan khidmat individu yang tiada tauliah. - Agensi

HANOI - Sebuah salon kecantikan di Vietnam disiasat kerana membenarkan seorang penjaga bangunan melakukan rawatan facelift atau menegangkan kulit wajah ke atas pelanggan.

Premis yang terletak di daerah Thanh Khe di Da Nang itu diserbu pihak berkuasa pada 12 Ogos lalu dan pemeriksaan lanjut mendapati ia beroperasi secara haram.

Iklan
Iklan

Lapor akhbar Tuoi Tre, semasa serbuan dilakukan polis mendapati seorang wanita sedang menjalankan prosedur facelift ke atas pelanggan dan mengaku bekerja sebagai penjaga bangunan di premis berkenaan.

Tambah akhbar tersebut, pemilik premis turut didapati melakukan beberapa kesalahan seperti gagal mengemukakan dokumen berkaitan peralatan perubatan selain tidak menyediakan penyimpanan sisa yang sempurna.

Iklan
Iklan

Kes tersebut masih disiasat. - Agensi