Pentingnya celik wang demi masa depan

Iklan
Kos perubatan di negara ini dianggarkan meningkat pada kadar antara 10-15 peratus setahun dan tidak mustahil trend kadar kenaikan ini akan berterusan.

Memastikan setiap individu mempunyai wang simpanan untuk biayai kos luar jangkaan

Kos perubatan di negara ini dianggarkan meningkat pada kadar antara 10-15 peratus setahun dan tidak mustahil trend kadar kenaikan ini akan berterusan.

Mendepani situasi semasa ekonomi ketika ini, amat penting untuk setiap individu dalam anggota masyarakat terutama belia berumur 18 tahun ke atas, diberi kesedaran dan pendedahan mengenai pengurusan kewangan.

Iklan
Iklan

Perkara ini penting bukan sahaja dari segi kos sara hidup seharian, malah juga untuk kos-kos luar jangkaan seperti kos penjagaan kesihatan.

Kos perubatan di negara ini dianggarkan meningkat pada kadar antara 10-15 peratus setahun dan tidak mustahil trend kadar kenaikan ini akan berterusan.

Iklan

Kos rawatan yang bernilai RM10,000 mungkin akan meningkat dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun. Adakah anda sudah bersedia? Adakah anda mempunyai tabungan untuk membiayai kos-kos rawatan di luar jangkaan?

Sebahagian besar rakyat negara ini mungkin tidak mampu mendapatkan rawatan sekiranya jatuh sakit. Di sinilah pentingnya peranan celik kewangan bagi memastikan setiap individu mampu membiayai kos rawatan menerusi simpanan.

Iklan

Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Dr Azizul Azli Ahmad menekankan kepentingan setiap individu menitikberatkan pengurusan kewangan bagi mengelak daripada terperangkap dalam bebanan hutang.

"Jika tiada kesedaran awal, apabila terjebak dengan hutang dan tidak celik tentang kewangan maka tempoh untuk memperbaiki rekod kewangan akan mengambil masa yang lama.

"Wang ini bukan pengukur kaya atau miskin tetapi simpanan yang banyak memberikan pelbagai pilihan dalam hidup terutama mendapatkan rawatan kesihatan yang baik dan selesa,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Ujarnya lagi, masyarakat mempunyai pelbagai pilihan untuk memilih perlindungan terbaik untuk diri mereka.

"Sekiranya, kita ada menyimpan wang dan harta tetapi tiada perlindungan, jika sesuatu berlaku, seseorang itu boleh segera jatuh miskin.

"Bagaimana jika rumah terbakar dalam masa sama kita tidak sihat dan perlukan dana RM500,000 manakala ketua keluarga cacat atau meninggal dunia, jadi hilang punca pendapatan utama,” jelasnya.

Dalam masa sama, menurut Azizul, amalan budaya menabung juga perlu diterapkan dan dididik pada peringkat awal usia lagi dalam kalangan generasi muda.

DR. AZIZUL AZLI

Katanya, ia sebagai persiapan bagi menghadapi sebarang masalah atau ketidaktentuan kewangan pada masa hadapan.

"Apabila kita sudah mempunyai pendapatan seperti gaji maka disarankan menabung dengan minimum 10 peratus sebulan terutama yang masih bujang, digalakkan menabung 20 hingga 30 peratus.

"Asas tabungan paling bagus, adalah menabung sambil melabur dengan menyimpan di pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB),” jelasnya.

Beliau turut menyifatkan melakukan potongan gaji setiap bulan untuk ASB sebagai pilihan yang bijak dan bertanggungjawab dari segi kewangan.

"Jika seseorang itu dapat disiplinkan diri, bekerja pada usia 22 tahun, dengan potongan RM500 sebulan selama lima tahun kemudian mencecah usia 27 tahun, dengan anggaran dividen lima peratus setahun."Dia akan ada simpanan sebanyak RM34,644.72 dan boleh mulakan modal membeli rumah berharga RM300,000 untuk ganjaran buat diri.

"ASB menawarkan pelaburan yang dijamin dan selamat oleh kerajaan. Justeru bekerja, usaha untuk membuka akaun ASB atau Tabung Haji seawal mungkin,” katanya.

Memperkasakan golongan M40, B40

CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad (secara kolektif"CIMB”) telah memperkenalkan penyelesaian pembiayaan ASB bersama CTOS Digital (CTOS) dan Sun Life Malaysia Takaful Berhad (SLMT), bermula 15 Jun lalu.

Ini adalah salah satu usaha CIMB untuk mendorong literasi kewangan dan memperkasakan rakyat Malaysia dalam pengurusan kesejahteraan kewangan mereka. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, CIMB telah melancarkan Kempen Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin Oleh Sijil ASB 2023 yang berlangsung dari 15 Jun sehingga 31 Disember 2023.

CIMB komited untuk menggalakkan inisiatif kewangan melalui produk dan perkhidmatannya

Individu yang melanggan penyelesaian pembiayaan tersebut sepanjang tempoh kempen akan turutlayak menerima Laporan Asas MyCTOS berserta CCRIS secara komplimentari, yang memberikan rumusan kesihatan kredit mereka.

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati diskaun menarik untuk Laporan MyCTOS Score jika mereka memerlukan tinjauan yang lebih komprehensif mengenai situasi kewangan mereka.

Ini akan membantu pelanggan memahami dan menilai kedudukan kewangan mereka secara lebih baik serta merancang dengan sewajarnya untuk mencapai matlamat kewangan dalam tempoh jangka masa panjang.

Pelanggan yang melanggan penyelesaian pembiayaan tersebut juga akan menerima perlindungan takaful untuk kemalangan peribadi 12 bulan secara komplimentari yang bernilai RM10,000.

Faedah takaful ini juga termasuk kemalangan peribadi sebanyak RM5,000 untuk kematian dan hilang upaya keseluruhan kekal dan tambahan RM5,000 untuk kematian akibat kemalangan.

Inisiatif berkenaan bertujuan memperkenalkan konsep pengurusan kewangan atau takaful kepada pelanggan yang mengakses pembiayaan ASB melalui CIMB. CIMB mengambil berat perkara ini selaras dengan peranannya sebagai institusi kewangan untuk membina masyarakat yang progresif dan celik kewangan.

Kolaborasi antara CIMB dengan rakan kerjasama CTOS dan SLMT melalui penyelesaian nilai tambah yang inovatif ini diharapkan dapat mempertingkatkan kebolehcapaian dan daya maju dana ASB untuk rakyat Malaysia, terutamanya komuniti M40 dan B40.

Pembiayaan CIMB

CIMB komited untuk menggalakkan inisiatif kewangan melalui produk dan perkhidmatannya seperti berikut:

- Kemudahan CIMB iaitu Pembiayaan Bertempoh-i dijamin oleh Sijil ASB terbuka kepada warganegara Malaysia Bumiputera berumur 18 tahun ke atas.

- Menawarkan pembiayaan sehingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan antara lima hingga 40 tahun bagi tujuan melabur dalam dana ASB.

- Pada tahun 2022, CIMB telah menyediakan pembiayaan ASB untuk komuniti B40 berjumlah RM2.9 bilion.

- Pelanggan juga boleh melabur sehingga RM300,000 dalam Dana Harga Tetap ASNB secara tunai melalui CIMB Clicks ke dalam akaun ASB dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) pada kos serendah RM1.

Untuk pengetahuan lebih lanjut, sila layari https://www.cimb.com.my/asb1

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh CIMB.