Angka kematian akibat hujan lebat di India meningkat kepada 71

Iklan
Hujan lebat turut menyebabkan kejadian tanah runtuh di perkampungan Jadon, Himachal Pradesh. - Foto AFP
NEW DELHI - Angka kematian akibat hujan sejak tiga hari lalu di negeri utara Himachal Pradesh, India meningkat kepada 71, menurut seorang pegawai kanan pengurusan bencana pada Rabu.

Mengulas mengenai situasi bencana di negeri itu, Setiausaha Utama Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negeri Himachal Pradesh, Onkar Chand Sharma berkata bahawa bantuan dan kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan di kawasan terjejas manakala jumlah kematian serta anggaran jumlah kerosakan dijangka meningkat.

Sementara itu, seramai 2,500 orang telah dipindahkan ke tempat selamat.

Kerajaan negeri memutuskan untuk menutup semua institusi pendidikan pada Khamis bagi memastikan keselamatan pelajar.

Sekolah-sekolah telah ditutup di negeri ini sejak beberapa hari lalu berikutan cuaca buruk, kejadian tanah runtuh dan situasi seperti banjir. - Bernama-Xinhua