TOKYO - Jepun pada Khamis mengeluarkan amaran strok haba tahap tertinggi di kawasan metropolitan Tokyo ketika musim panas terus melanda kebanyakan kawasan, menurut Kementerian Alam Sekitar.
Bandar Tokyo, Saitama, Chiba, Yokohama, Mito, Utsunomiya dan Maebashi menjangkakan tahap risiko strok haba apabila kementerian mengeluarkan amaran merah - yang tertinggi dalam sistem amaran lima peringkat, lapor Xinhua.