TRIPOLI - Seramai 55 orang terbunuh manakala 126 cedera dalam pertempuran yang tercetus di Tripoli, Libya pada Isnin, Xinhua memetik laporan media tempatan.
Laporan itu menyebut mangsa termasuk orang awam dan anggota keselamatan, manakala beberapa mayat masih belum dikenal pasti.
Iklan
Iklan
Pertempuran ganas meletus di Tripoli pada Isnin membabitkan Briged 444 dan Pasukan Pencegahan Khas susulan penahanan komander 444 Briged.
Bagaimanapun pada Rabu Dbeibah menyuarakan bantahannya terhadap"pertempuran yang kembali mengganas" di negara itu.
"Pertempuran kembali tercetus adalah sesuatu yang tidak boleh diterima, dan negara tidak bertolak ansur dengan sebarang perbuatan yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan menerusi pejabat penerangan kerajaan.
Dbeibah dan golongan berpengaruh Tripoli bersetuju bahawa campur tangan bersama diperlukan untuk menamatkan pertempuran. - Bernama-Xinhua