'Balik saja, jangan banyak alasan' - Azam Baki

Iklan
Azam - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, meminta menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang pengarah syarikat supaya pulang ke Malaysia, dan tidak memberi sebarang alasan lagi.

Media sebelum ini melaporkan, SPRM mencari Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan dan peguam yang juga pengarah dan pemegang saham NERS Sdn Bhd (NERS), Mansoor Saat, bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Iklan
Iklan

"Mungkin cakap saya ini cakap yang orang tidak suka, tetapi itulah saya. Jadi awak berdua, balik sahaja dan jangan bagi alasan,” katanya kepada pemberita selepas Forum Eksekutif Merdeka; Tadbir Urus Terbaik Dalam Sektor Awam pada Khamis.

Pada 9 Ogos lepas Muhammad Adlan menerusi kenyataan oleh peguamnya memaklumkan, beliau tentunya akan pulang ke Malaysia secepat mungkin bagi memberikan kesemua jawapan dan membantu SPRM dalam apa-apa siasatan, selagi tiada unsur ancaman dan penganiayaan terhadapnya.

Iklan

Mansoor dalam kenyataannya pada Khamis, menyangkal dakwaan kononnya beliau melarikan diri daripada menghadapi pertuduhan, sebaliknya tindakan keluar dari Malaysia dibuat secara sah atas urusan perniagaan dan telah memberi kerjasama kepada SPRM yang mengetahui keberadaannya. - Bernama

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: PDRM sedia bantu SPRM kes menantu Muhyiddin

SPRM kesan dua individu termasuk menantu Muhyiddin

Muhyiddin enggan ulas status menantu dicari SPRM

Muhyiddin dicabar dedah lokasi menantu, bantu siasatan SPRM