Pendaki warga Sepanyol cedera turun Gunung Jasar diselamatkan

Iklan
Warga Sepanyol yang diselamatkan oleh pasukan bomba selepas mengalami kecederaan ketika menuruni Gunung Jasar dekat Kampung Sungai Ubi,Cameron Highlands pada Khamis. - Foto ihsan JBPM Pahang

CAMERON HIGHLANDS - Seorang pendaki warga Sepanyol yang cedera di bahu kiri ketika menuruni Gunung Jasar, dekat Kampung Sungai Ubi diselamatkan oleh pasukan bomba pada Khamis.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, mangsa dikenali Mugueta Unzue Juan Simon, 56, melakukan pendakian itu secara solo.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada rumah tamu yang dihuni mangsa pada jam 10.30 pagi.

"Komander operasi melaporkan terdapat seorang lelaki dewasa mengalami kecederaan semasa menuruni bukit.

Iklan

"Mangsa kemudiannya dibawa turun oleh pasukan bomba menggunakan pengusung dan dibawa ke tempat selamat," kata beliau dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah Zulfadli, jarak dari bawah ke lokasi mangsa kira-kira 700 meter dan mengambil masa satu jam setengah untuk naik dan turun dari tempat kejadian.

Iklan