COLOMBO - Lebih 50,000 keluarga di lapan wilayah di Sri Lanka terjejas akibat musim kemarau yang melanda negara, menurut Pusat Pengurusan Bencana (DMC) menerusi laporan situasi terkini pada Khamis.
Lebih 180,000 orang daripada keluarga berkenaan berdepan kesukaran memperoleh bekalan air untuk diminum, manakala wilayah utara dan timur paling teruk terjejas, Xinhua memetik laporan DMC.