Yob Poi ceroboh sekolah berjaya dipindahkan

Iklan
Kakitangan PKGK dan Perhilitan Perak membantu memindahkan Yob Poi yang berjaya ditangkap di Pos Poi, Sungai Siput pada Rabu. - Foto: Ihsan pembaca

SUNGAI SIPUT - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak berjaya memindahkan seekor gajah liar jantan yang dilaporkan merosakkan kebun pisang milik penduduk Orang Asli di Pos Poi, dekat sini pada Rabu.

Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, mamalia seberat 2.5 tan yang menghuni Hutan Simpan Piah berhampiran dipercayai tersesat itu turut dikesan menghampiri Sekolah Kebangsaan Pos Poi minggu lalu.

Iklan
Iklan

"Khidmat dua gajah denak Abot dan Rambai dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang, Pahang digunakan untuk memujuk dan menarik gajah liar berkenaan sejauh kira-kira 100 meter ke atas lori," katanya di sini pada Khamis.

Menurut beliau, operasi memindahkan gajah jantan berkenaan mengambil masa kira-kira lima jam dibantu 20 kakitangan PKGK dan Perhilitan Perak.

Iklan

Tambah beliau, Yob Poi kemudiannya dilepaskan ke habitat asal di hutan Taman Negeri Terengganu.

Iklan