FRANKFURT - Puluhan penerbangan di Lapangan Terbang Frankfurt di Jerman dibatalkan selepas hujan lebat mencetuskan banjir di beberapa kawasan di lapangan terbang itu dan operasi pengendalian darat terpaksa dihentikan selama sejam.
Setakat petang Rabu, beberapa ruang, termasuk tempat pesawat diletakkan dinaiki air banjir, memaksa banyak penerbangan dibatalkan, ditangguhkan atau dilencongkan, kata jurucakap lapangan terbang itu kepada Agensi Berita Jerman (dpa) pada Khamis.
Iklan
Iklan
Perkhidmatan pengendalian di lapangan terbang paling sibuk di Jerman itu digantung sepenuhnya selama lebih dua jam, menyebakan 34 pesawat tidak dapat berlepas mengikut jadual pada Rabu.
Laman sesawang lapangan terbang itu menyenaraikan kira-kira 70 pembatalan dan sebanyak 23 lagi penerbangan ketibaan telah dilencongkan ke lapangan terbang lain.
Perkhidmatan Cuaca Jerman mengeluarkan amaran ribut petir untuk semua negeri di Hessen, lokasi terletaknya Frankfurt.
Terdapat juga laporan mengenai banjir di negeri Baden-Wurttemberg, Rhineland-Palatinate dan Thuringia. - Bernama