Rakyat Pakistan mengamuk insiden bakar al-Quran

Iklan
Pasukan polis tiba di gereja Salvation Army yang dibakar di Jarawala, Pakistan. - AFP

JARANWALA - Polis Pakistan mengepung kejiranan penduduk beragama Kristian selepas ratusan lelaki Islam mengamuk dan membakar serta menggeledah gereja yang mendakwa terdapat aktiviti mencemar al-Quran.

Keganasan tercetus di Jaranwala, di pinggir bandar perindustrian Faisalabad, selepas dakwaan tersebar bahawa sekumpulan lelaki Kristian mencemarkan kitab suci umat Islam itu.

Iklan
Iklan

Pada pagi Khamis, ratusan polis dikerahkan ke kawasan itu, termasuk di luar gereja Salvation Army yang telah musnah terbakar, dinding dan tingkap turut dihitamkan.

"Semua penduduk Kristian telah meninggalkan rumah mereka dan berlindung di kawasan selamat," kata penganut Kristian, Fayaz Masih Kokar memberitahu AFP.

Iklan

Pegawai polis di tempat kejadian memberitahu AFP bahawa sekurang-kurangnya empat buah gereja dan tujuh rumah diserang.

Jurucakap kerajaan wilayah Punjab berkata, lebih 100 orang telah ditangkap, sementara polis turut berusaha menangkap individu didakwa mencemarkan al-Quran itu.

Iklan

Imej di media sosial menunjukkan ratusan orang bersenjatakan kayu dan batu menyerbu melalui jalan raya dan kepulan asap keluar dari bangunan gereja yang rosak teruk.

Satu rakaman video pula memaparkan kumpulan penunjuk perasaan melaungkan tuntutan supaya individu dituduh melakukan perbuatan menghina Islam itu dikenakan hukuman.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) menggesa Pakistan menyiasat serangan perusuh terhadap gereja yang tercetus di timur negara itu di tengah-tengah isu penghinaan agama sejak kebelakangan ini. - AFP