Menu Nasi Lemak ‘Wan’ sebagai penghormatan Hari Kemerdekaan

Iklan
Nasi Lemak 'Wan' Malaysia tampil dengan aroma segar daripada beras wangi yang dimasak dengan santan dan daun pandan

CAFE Chef Wan memperkenalkan menu Nasi Lemak 'Wan' Malaysia yang membawa erti satu Malaysia sebagai penghormatan kepada Hari Kemerdekaan Malaysia.

Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail berkata, hidangan tersebut tersedia sehingga 17 September depan yang menggabungkan pilihan utama daripada pelbagai budaya makanan Malaysia.

Iklan
Iklan

"Diiktiraf sebagai khazanah masakan Malaysia, nasi lemak yang digemari ramai ini mempunyai legasi yang tiada tolok tandingannya dengan kepedasan, keasliannya dan merupakan hidangan yang ada di mana-mana,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, dengan aroma segar daripada beras wangi yang dimasak dengan santan dan daun pandan, hidangan tersebut digandingkan dengan pelbagai masakan antaranya udang harimau masak cili manis dan pedas.

Iklan

"Selain itu kita ada sambal sotong Melayu, ayam masak halia hutan tuhau Kadazan-Dusun dan pakora goreng rangup India.

"Hasilnya, hidangan lazat untuk dua orang ini menawarkan keseimbangan daripada pelbagai cita rasa berbeza. Dengan padanan tekstur yang sempurna, semua cawangan Café Chef Wan, kecuali Cafe Chef Wan Petit dengan harga bermula RM66,” katanya,

Iklan

Tambahnya lagi, Nasi Lemak ‘Wan’ Malaysia lebih daripada sekadar hidangan tetapi ia adalah perayaan budaya, perpaduan dan perjalanan negara ini.

"Melalui visi masakan inventif Café Chef Wan, kami sangat teruja untuk menawarkan rasa warisan Malaysia yang kaya dengan pelbagai budaya.

"Satu kaunter khas panjang disediakan untuk menyajikan menu antarabangsa yang diinspirasikan oleh pengembaraannya,” ujar beliau.