Rapat jurang pembangunan: RM4.8b dilulus bagi Kedah, RM1.4b di Kelantan

Iklan
Azmin - FOTO: SHARIFUDIN ABDUL RAZAK

SHAH ALAM - Kementerian Hal Ehwal Ekonomi komited mendukung sepenuhnya tujuh teras strategik yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mempelopori matlamat Kemakmuran Bersama menerusi pembangunan secara mampan, seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif di setiap peringkat rantaian nilai, kelas, kaum dan geografi.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, untuk itu kementeriannya telah memulakan langkah dengan melaksanakan teras strategik keenam, pembangunan wilayah yang inklusif, untuk menangani jurang pembangunan antara wilayah.

Iklan
Iklan

"Justeru MEA telah meluluskan projek-projek pembangunan dan infrastruktur yang bernilai RM4.8 bilion di Kedah dan RM1.4 bilion di Kelantan bagi membangunkan pusat-pusat ekonomi yang komprehensif di seluruh pelosok negara.

"Sebagai kementerian yang memberikan tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang adil, MEA turut akan memberikan tumpuan kepada penciptaan industri-industri baharu seperti yang diungkapkan dalam teras strategik kedua, sektor pertumbuhan baharu bagi menjana ekonomi negara kepada aras yang lebih tinggi dan relevan dengan perkembangan zaman," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Katanya, ledakan teknologi baharu dalam era Revolusi Industri 4.0 menuntut pelaburan dan mewujudkan kapasiti dalam 15 sektor cadangan sebagai bidang pertumbuhan utama ekonomi, antaranya industri kandungan (hiburan dan digital), Hub Asean (logistik, teknologi, penyelidikan dan pejabat wilayah) serta pertanian pintar (smart sgriculture) dan bernilai tinggi.

Dr Mahathir semalam sempenan genap setahun pemerintahan Pakatan Harapan (PH) menggariskan tujuh teras strategik bagi memastikan matlamat Kemakmuran Bersama dapat dicapai.

Iklan

Kemakmuran Bersama adalah usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara"yang terus menerus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif (equitable growth) di setiap peringkat rantaian nilai, kelas, kaum dan geografi” sehingga mewujudkan rasa keharmonian dan kestabilan di kalangan rakyat menjelang tahun 2030.