Nahas pesawat: Johari Harun disahkan antara mangsa terkorban

Iklan
Johari antara mangsa yang maut dalam kejadian pesawat terhempas di Elmina Shah Alam pada Khamis.

SUBANG - Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, disahkan sebagai salah seorang mangsa korban dalam nahas pesawat jenis jet peribadi yang terhempas di Elmina, Shah Alam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, mangsa dikenal pasti berada dalam pesawat bersama lima penumpang lain dan dua kru kapal.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun menurutnya, identiti berkenaan adalah berdasarkan dokumen 'general declaration' pesawat dan pengesahan rasmi identiti mangsa perlu dipandukan hasil siasatan forensik kelak.

"Mangsa lain yang dikenal pasti, Khairil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki, dan Idris Abdol Talib @Ramali.

Iklan

"Identiti dua kru kapal yang juga juruterbang pula dikenal pasti sebagai Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim.

"Senarai nama ini hanya berdasarkan dokumen penerbangan, pengesahan rasmi identiti mangsa nahas hanya akan diumumkan selepas bedah siasat yang dijalankan di Hospital Ampuan Rahimah, Klang," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.

Anthony dalam sidang media pada Khamis.

Iklan

Dalam masa sama, beliau berkata, identiti orang awam yang terkorban akibat nahas berkenaan belum dikenal pasti.

"Identiti orang awam yang menjadi mangsa korban akan disahkan oleh pihak polis," katanya.

Sekurang-kurangnya 10 mangsa disahkan terkorban dalam nahas pesawat jenis jet peribadi yang terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam.

Mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di lokasi nahas.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan tidak menerima sebarang panggilan kecemasan atau 'Mayday'.

Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2.08 petang dan mendapat kebenaran untuk mendarat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, namun terhempas dua minit sebelum mendarat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat dilapor terhempas di Elmina Shah Alam

Nahas pesawat: Tiada panggilan kecemasan dibuat - CAAM

10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

'Nampak pesawat senget, dengar bunyi dentuman'

Saksi dengar bunyi letupan kuat, nampak mangsa rentung

Tiada isyarat bahawa pesawat hadapi masalah - Ketua Polis Selangor

Jet Valet sahkan terima laporan pesawat miliknya terhempas di Elmina

Exco Pahang antara korban nahas pesawat di Elmina

Nahas pesawat: Pas Pahang ucap takziah atas pemergian Johari

Nahas pesawat: Mangsa bukan anak Jamaluddin Jarjis

Pesawat terhempas: Amirudin ucap takziah

Persimpangan Elmina ditutup susulan pesawat terhempas