Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Iklan
Unit Forensik Polis Diraja Malaysia melakukan siasatan di lokasi kejadian pesawat terhempas di Elmina Shah Alam pada Khamis. - Foto Bernama

SUBANG - Syarikat pengendali pesawat yang terhempas, Jet Valet Sdn Bhd adalah syarikat berdaftar dan memiliki lesen penerbangan.

Perkara itu disahkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Norazman Mahmud berkata, buat masa ini pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci sebelum sebarang tindakan susulan.

"Daripada segi (kebenaran) operasi syarikat ketika ini, kita tidak boleh tentukan sehingga siasatan dibuat.

Iklan

"CAAM akan dapatkan semua dokumen yang penting untuk kita buat siasatan awal.

"Setakat ini ada lesen, ada pendaftaran," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.

Iklan

Sebelum itu, dalam kenyataan media, beliau mengesahkan pesawat yang terhempas di Elmina, Shah Alam tidak membuat panggilan kecemasan atau 'Mayday'.

Katanya, pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2.08 petang dan panggilan pertama yang dibuat dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang adalah pada 2.47 petang.

Pelepasan pendaratan diberikan pada 2.48 petang, namun tiga minit selepas itu Menara Kawalan Trafik Udara Subang melihat asap tebal dari lokasi nahas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat dilapor terhempas di Elmina Shah Alam

Nahas pesawat: Tiada panggilan kecemasan dibuat - CAAM

10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

'Nampak pesawat senget, dengar bunyi dentuman'

Saksi dengar bunyi letupan kuat, nampak mangsa rentung

Tiada isyarat bahawa pesawat hadapi masalah - Ketua Polis Selangor

Jet Valet sahkan terima laporan pesawat miliknya terhempas di Elmina

Exco Pahang antara korban nahas pesawat di Elmina

Nahas pesawat: Pas Pahang ucap takziah atas pemergian Johari

Nahas pesawat: Mangsa bukan anak Jamaluddin Jarjis

Pesawat terhempas: Amirudin ucap takziah

Persimpangan Elmina ditutup susulan pesawat terhempas