ROME - Penyanyi soprano Itali terkenal, Renata Scotto meninggal dunia ketika berumur 89 tahun, kata datuk bandar di kampung halamannya di Savona pada Rabu.
"Beliau seorang penyanyi wanita yang unik dan hebat," kata Datuk Bandar Savona, Marco Russo menerusi ciapan di Facebook dan memuji Scotto sebagai ikon sebagai murah hati, sederhana dan berpekerti baik.
Iklan
Iklan
Agensi berita ANSA melaporkan penyanyi tersebut meninggal dunia di rumahnya di New York, Amerika Syarikat.
Punca kematiannya tidak didedahkan kepada media.
Scotto yang dilahirkan pada 24 Februari 1934 di barat laut Itali dan belajar menyanyi di Milan, memulakan kerjayanya pada tahun 1952 di Savona dalam opera La Traviata karya Giusseppe Verdi.
Mendiang sering menjayakan nyanyian di pentas opera terkenal di dunia dari Milan, London dan New York.
"Saya sedih dengan kematian Renata Scotto, salah seorang penyanyi opera terhebat sepanjang zaman dan seorang guru penyanyi muda yang berdedikasi," kata penyanyi tenor, Placido Domingo di media sosial. - AFP