SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Salah seorang daripada 10 mangsa yang maut dalam tragedi pesawat ringan terhempas di Lebuh Raya Guthrie dekat perumahan Elmina, di sini, petang Khamis merupakan bekas pegawai bomba.
Khairil Azwan Jamaludin, 43, adalah bekas pegawai di Bahagian Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Laman Facebook Bomba Channel merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Khairil Azwan.
Sinar Harian terdahulu melaporkan adik mangsa, Khairul Azman, 40, menafikan bahawa abangnya itu adalah anak kepada bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang terkorban dalam nahas helikopter pada 2015 seperti yang ditularkan di media sosial.
"Angah adalah anak peneroka Felda Mempaga 1 bukan anak Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis," kata Khairul Azman.
Khairul Azman berkata, abangnya adalah anak kedua daripada lapan beradik dan menetap di Seremban serta berkhidmat sebagai juruterbang bagi Exco Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun sejak beberapa tahun lalu.
Polis terdahulu mengesahkan 10 individu maut dalam insiden pesawat ringan terhempas kira-kira jam 2.40 petang Khamis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata setakat ini semua mangsa dipercayai berusia antara 40-an hingga 50-an yang mana lapan daripadanya adalah penumpang dan kru pesawat.
ARTIKEL BERKAITAN:
Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna
Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis
Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar
Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat
Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna
Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun
Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang
'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'
Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis
Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen