KLANG - Pemergian Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun adalah sesuatu yang mengejutkan dan diluar dugaan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau baru sahaja bertemu dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai itu dalam mesyuarat Exco di Langkawi pada pagi Khamis.
"Sudah tentu saya berasa amat sedih kerana setiap minggu kami selalu bermesyuarat dan beliau merupakan salah seorang exco yang rajin, progesif dan dinamik dan sentiasa membawa permasalahan dalam portfolio, iaitu perumahan dan kerajaan tempatan.
"Saya terkejut kerana semalam (Rabu) baru mesyuarat dengan Johari dan dia sangat aktif ketika bermesyuarat malah makan tengah hari bersama-sama.
"Pagi tadi pun bermesyuarat sekali lagi di Langkawi tetapi beliau balik (terlebih dahulu) kerana ada urusan lain," katanya pada sidang media di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada Khamis.
Sebelum itu, seramai 10 individu dipercayai maut dalam insiden pesawat ringan terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam, pada Khamis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dalam kejadian jam 2.40 petang itu, pesawat yang membawa enam penumpang bersama dua juruterbang dan pembantunya dilaporkan gagal dikawal sebelum terhempas.
Tambah Wan Rosdy, tidak ada perubahan ketara terhadap diri Johari cuma banyak bercakap dan aktif ketika mesyuarat Exco berbanding sebelum ini selain sempat membangkitkan isu permasalahan rumah terbengkalai.
Dalam pada itu, menurutnya, kerajaan Pahang akan menanggung kesemua kos pengurusan jenazah Allahyarham Johari.
"Tidak mengira apa jua jumlah yang terpaksa ditanggung, semuanya akan diuruskan oleh kerajaan negeri sepenuhnya," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna
Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis
Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar
Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat
Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna
Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun
Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang
'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'
Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis
Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen