Piala Datuk Mokhtar Dahari, Piala Raja Muda Selangor lubuk cari bakat

Iklan
Emran (tengah) bersama Mohamad Farhan (tiga dari kiri), Raja Ahmad Shahrir Iskandar (dua dari kanan). Turut hadir Jafri (tiga kanan) dan Hashim (kiri). - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

KEJOHANAN Bola Sepak Piala Datuk Mokhtar Dahari edisi kesembilan dan Piala Raja Muda Selangor (edisi ke-35) terus menjadi landasan terbaik mencungkil bakat baharu bola sepak di negeri tersebut.

Pengerusi pengelola kejohanan, Datuk Emran Kadir berkata, kejohanan tersebut juga diilhamkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang prihatin dengan perkembangan sukan tersebut.

Iklan
Iklan

"Hasrat daripada Tuanku Sultan Sharafuddin ialah Selangor bukan sahaja melahirkan para pemain seramai mungkin bukan sahaja untuk negeri Selangor tetapi juga untuk ditebarkan ke seluruh negara.

"Pada saya amanah dan tanggungjawab ini merupakan sesuatu sangat besar bukan untuk melahirkan pelapis untuk Selangor sahaja, tetapi juga bekalkan untuk seluruh negara.

Iklan

"Dan memang pun telah berlaku apabila Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Mokhtar Dahari dan Piala Raja Muda Selangor, sering menjadi tumpuan dalam kalangan pencari bakat seluruh negara,” katanya pada Majlis Penyerahan Mock-Up Check Kejohanan Piala Datuk Mokhtar Dahari (Bawah 18 & 15 Tahun) & Piala Raja Muda Selangor (Bawah 12 Tahun) 2023 di Dewan Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Khamis.

Hadir sama Penolong Pengurus Jabatan Hubungan Pelaburan, Kelastarian dan Komunikasi Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad), Mohammad Farhan Mohd Zain; Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Raja Ahmad Shahir Iskandar Raja Salim; Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Dr Jafri Abu dan Timbalan Pengerusi Kejohanan merangkap Pengurus Kanan Tugas Tugas Khas Karangkraf, Hashim Anang.

Iklan

Juara Piala Datuk Mokhtar Dahari (Bawah 18) akan membawa pulang RM10,000, manakala johan Bawah 15 menerima RM8,000 dan pemenang Piala Raja Muda Selangor merangkul RM4,000.

Tambah menarik kata Emran, ketiga-tiga kejuaraan itu sering menjadi tumpuan pencari bakat pada peringkat separuh akhir dan perlawanan akhir.

"Sama ada kejuaraan Piala Raja Muda Selangor Bawah 12 tahun, ataupun Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 15 dan 18 tahun. Setiap kali perlawanan separuh akhir dan final pasti akan ada pencari bakat dari negeri-negeri yang datang,” katanya.

Pada masa sama Emran turut berterima kasih kepada penaja utama yang sentiasa memberikan sokongan pada kepada penganjuran ketiga-tiga kejuaraan itu.

"Saya mewakili jawatankuasa penganjur berterima kasih kepada barisan penaja yang memberikan sumbangan bagi menjayakan kejohanan ini iaitu Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, Kumpulan Permodalan Negeri Selangor Berhad termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak pernah menghampakan dalam memberikan sokongan,” katanya.