Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Iklan
Nizatul Akmar Mohd Nasir, 43, yang merupakan waris mangsa nahas pesawat yang terhempas Khairil Azwan Jamaludin. Foto: Bernama

KLANG -"Jika saya meninggal dunia, kebumikan saya di kampung halaman", itu pesanan Khairil Azwan Jamaluddin, 43, yang merupakan antara yang tersenarai dalam senarai penumpang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam pada Khamis.

Pesanan itu diberikan kepada isterinya, Nizatul Akmar Mohd Nasir, 43, awal bulan ini ketika menyumbang kepada khairat kematian.

Iklan
Iklan

Iklan

"Saya akan penuhi hasrat dia dan sudah tentu keluarga pun mahu begitu juga," katanya ketika ditemui di luar Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini malam Khamis.

Nizatul Akmar berkata, sebelum penerbangan itu, suaminya menghubunginya pada jam 1.40 tengah hari tadi memberitahu penerbangannya pada jam 2 petang dan dijangka tiba kira-kira jam 4 petang serta memintanya supaya menjaga diri.

Iklan

"Suami sangat teruja dengan penerbangan kali ini...selalunya jika dia bersama Datuk Seri Johari Harun dia akan mengendalikan helikopter selaku juruterbang peribadinya tapi kali ini dia sebagai penumpang. Tak sangka itu adalah panggilan terakhirnya,” katanya.

Beliau berkata, suaminya merupakan seorang yang amat mengutamakan keluarga dan kebajikan ibu bapa serta adik-beradiknya.

Nizatul Akmar berkata, pada mulanya beliau enggan mempercayai pesawat yang dinaiki suaminya terlibat dalam nahas itu dan berusaha untuk menghubungi individu yang menaiki penerbangan bersama suaminya tetapi gagal.

Beliau kemudian mengambil keputusan untuk menghubungi isteri Johari yang memberitahu pesawat dinaiki suami mereka terlibat dalam nahas itu.

"Saya bergerak ke sini dari Seremban selepas Maghrib tadi bagi tujuan pengecaman jenazah," katanya.

Khairil Azwan meninggalkan tiga anak, kesemuanya lelaki berusia antara 10 hingga 14 tahun.

Nama Khairil Azwan dan Johari berada dalam senarai penumpang pesawat namun identiti mangsa perlu disahkan melalui proses forensik. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan tiada penumpang yang selamat. - Bernama

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen