Jadilah berani, serlahkan kecantikan!

Iklan
Inspirasi sarung roselle.

Tampilkan gaya mempesona anda dengan Nala pada Aidilfitri ini

SERLAHKAN diri anda pada Aidilfitri kali ini dengan koleksi busana fesyen perayaan daripada Nala yang menampilkan cetakan berani dan corak indah cetusan berinspirasi Malaysia.

Buat pertama kali, jenama tempatan ini menghasilkan deretan baju kurung, kebaya dan sarung untuk Aidilfitri tahun ini menerusi pelbagai pilihan corak rekaan tangan yang unik dengan aneka corak dan warna.

Iklan
Iklan

Komited terhadap warisan Malaysia, corak yang dihasilkan tangan dengan begitu teliti memberi penghormatan bukan saja kepada kepelbagaian budaya negara ini malah unsur-unsur mengagumkan hasil cetusan inspirasi flora, fauna dan motif vintaj tempatan, yang turut menyerlah dalam koleksi terkini.

Corak yang diketengahkan dalam koleksi raya ini merupakan cetusan inspirasi daripada budaya minum teh dan kopi di Malaysia yang berakar umbi daripada pedagang seluruh dunia yang belayar ke pelabuhan negara kita.

Iklan
Penampilan berani dengan cetakan bunga besar dan warna garang pada kain sarung.

Diberi nama"Kopi Teh”, koleksi ini memberi penghormatan kepada warisan ini dengan corak berilhamkan rekaan bunga-bungaan daripada cawan porselin serta kekisi dan kerja jubin yang teliti ketika era kopitiam terdahulu, serta diberikan nama mengikut pelbagai jenis teh kegemaran.

"Diilhamkan daripada persekitaran saya sama ada alam semula jadi, seni bina atau khazanah warisan negara ini seperti kedai kopitiam dan budaya menikmati teh daripada teh tarik, teh masala hinggalah cha, setiap corak saya mempunyai cerita tersendiri.

Iklan

"Nala membawakan corak kontemporari dari masa silam, dengan setiap rekaan tangan punyai jiwa yang menarik perhatian semua daripada pelbagai latar belakang yang tak lapuk dek zaman,” kata Pengarah Kreatif dan Pengasas Nala, Lisette Scheers.

Ia diperbuat daripada pilihan kain kapas ringan untuk keselesaan pada hari yang panas serta 100 peratus satin kapas untuk rasa mewah apabila berziarah sepanjang hari.

Baju kurung (RM399) boleh didapati dalam lapan corak manakala kebaya (RM199) dan sarung (RM299) dijual berasingan agar ia mudah disuai padan.

Cetakan yang diinspirasikan daripada bunga buluh dan kisi kopitam.

Menerusi pembelian melebihi RM500 daripada koleksi"Kopi Teh”, pelanggan akan menerima set percuma Sampul Raya Nala yang direka khas untuk musim perayaan ini.

Koleksi raya ini dijual di Nala’s Kampung House di Bangsar dan di kedainya di ROBINSONS SHOPPES @ Four Seasons Place dan Bangsar Village II, serta dalam talian di www.naladesigns.com dan www.fashionvalet.com.

Nala sudah bertapak lama sejak memulakan operasi pada tahun 2008, yang berkembang daripada kraf kertas kepada rangkaian busana, aksesori fesyen dan hiasan dalaman rumah yang menjadi tunjang kepada reputasi Nala.

Sehingga kini, Nala juga berada di Perancis, Belgium, Itali, Switzerland, Hong Kong, Singapura, Kemboja dan Thailand. Unti maklumat lanjut mengenai fesyen boleh layari Laman web: www.naladesigns.com