SEPANG -"Ayah ada bagi dua gambarnya pada saya. Dia kata ambil dan simpan baik-baik," hiba anak kepada pemandu e-hailing, Sharipuddin Shaari, 53, yang turut menjadi mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam.
Anak sulung arwah, Muhammad Sharul Izuan, 16, berkata, dia hanya mengetahui kejadian selepas anggota polis datang ke rumah kira-kira jam 6 petang.
Menurutnya, mereka sekeluarga terkejut dan tidak percaya apabila diberitahu arwah turut terlibat dalam insiden berkenaan.
"Pada pagi hari kejadian (Khamis), sebelum ke sekolah, saya sempat bertegur dengan ayah yang sedang isi air di tangki kereta.
"Minggu lepas waktu kami sekeluarga dalam perjalanan ke 'mall' di Sepang untuk beli buku adik, dia (arwah) tiba-tiba bagi dua gambarnya untuk saya simpan. Dia hanya kata, ambil dan simpan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediaman mereka di Taman Desa Vista, di sini pada Jumaat.
Dalam nada sayu, Muhammad Sharul berkata, kira-kira jam 2.15 petang hari kejadian, ayahnya sempat menghubungi ibu memberitahu singgah minum di Elmina.
"Kali terakhir dia (ayah) telefon ibu saya. Dia kata berhenti minum sekejap, kejap lagi abang balik," katanya.
Ujar pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Salak Tinggi itu, sejak dua tiga hari lalu, dia dan rakan sering bersembang mengenai arwah.
"Biasanya ayah akan makan malam tapi kelmarin (Rabu), dia tidak mahu makan dan hanya suruh saya sahaja yang makan.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang, Khamis, Sharipuddin yang bekerja sebagai pemandu e-hailing sedang melalui kawasan terbabit sebelum pesawat yang membawa enam penumpang bersama dua juruterbang dilaporkan gagal dikawal lalu terhempas mengenai kereta jenis Nissan Almera dipandunya.
Sharipuddin yang berasal dari Arau, Perlis meninggalkan seorang balu, Suriana Muda, 43, dan dua anak iaitu Muhammad Sharul serta Nur Izzara Arissya, 9.
Difahamkan, jenazah Sharipuddin akan dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sultan Hishamuddin Bandar Baru Salak Tinggi.
ARTIKEL BERKAITAN
Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna
Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis
Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar
Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat
Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna
Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun
Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang
'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'
Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis
Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen
Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan
Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman
Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini