Mydin terus unggul lebih enam dekad

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


SHAH ALAM - Sempena sambutan ulang tahun ke-66 Mydin Mohamed Holdings Berhad, pihak Lembaga Pengarah, pengurusan dan seluruh warga Sinar Harian serta Kumpulan Media Karangkraf merakamkan sekalung tahniah.

Sinar Harian sememangnya mengagumi kejayaan Mydin sebagai rakan pengiklanan dan juga banyak bekerjasama dalam memajukan masyarakat Malaysia Madani selama ini.

Dengan mengangkat tema Oh Mydin1 Meriah Bersama sempena sambutan ulang tahun lebih enam dekad itu, jelas menggambarkan bagaimana syarikat rangkaian pasaraya berkenaan sentiasa bersama rakyat negara ini.

Semoga keunggulan dan kecemerlangan Mydin dalam dunia perniagaan dan kebajikan terus utuh di masa hadapan.