Perobohan Penempatan Tidak Sah

Iklan
Suasana penghuni setinggan mula berpindah dan meroboh struktur rumah masing-masing susulan notis akhir Operasi Perobohan Penempatan Tidak Sah, yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ketika tinjauan di kawasan berhampiran Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP) Muslim hari ini.

Satu sesi pemantauan bersepadu telah dilaksanakan baru-baru ini oleh agensi peneraju Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) Labuan melibatkan pelbagai agensi penguatkuasa antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM), serta Perbadanan Labuan bertujuan mengenalpasti rumah-rumah setinggan yang dibina di kawasan tidak dibenarkan.

Sebanyak 121 buah rumah setinggan dikenalpasti dan telah diberi amaran terakhir pihak berkuasa sebelum melaksanakan operasi perobohan dalam masa terdekat.

Terdahulu penduduk di kawasan itu diberi tempoh sehingga selepas April lalu untuk meroboh rumah setinggan di sepanjang sungai dan luar kawasan di bawah Majlis Keselamatan Negara.