JOHOR BAHRU - Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Johor diperkukuhkan apabila pimpinan kedua-dua parti mengadakan pertemuan sulung di Ibu Pejabat UMNO Johor, di sini pada Jumaat.
Pertemuan tertutup itu diadakan bagi membincangkan persediaan berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September.
Iklan
Iklan
Tinjauan dilakukan di Ibu Pejabat UMNO Johor pada jam 3 petang, mendapati pertemuan terbabit dihadiri Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi PH Johor yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri,, Amilnolhuda Hassan; Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kaiat dan Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman.
Kehadiran Aminolhuda dan Suhaizan ke Ibu Pejabat UMNO Johor itu merupakan kali pertama membabitkan pemimpin PH ke situ sejak Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di peringkat Persekutuan.
Minggu lalu, Aminolhuda yang juga Ahli Parlimen Sri Gading dilaporkan berkata, Amanah Johor sedang giat melakukan persiapan rapi termasuk akan bertemu dengan Mohamed Khaled yang juga Pengerusi UMNO Johor, bagi mengerakkan jentera PH-BN berhadapan PRK itu.
Artikel Berkaitan