Tiga maut dalam keganasan terbaharu di Manipur, India

Iklan
Tiga anggota suku kaum Kuki maut ditembak oleh lelaki bersenjata di kampung Thowai Kuki di daerah Ukhrul, kira-kira 33 kilometer ke timur laut Imphal, ibu negeri Manipur pada pagi Jumaat - Gambar hiasan

NEW DELHI - Tiga anggota suku kaum Kuki maut ditembak oleh lelaki bersenjata di kampung Thowai Kuki di daerah Ukhrul, kira-kira 33 kilometer ke timur laut Imphal, ibu negeri Manipur pada pagi Jumaat, menurut polis.

"Sekumpulan penjahat bersenjata menghampiri kampung itu dan mula menembak ke arah pengawal kampung menyebabkan tiga penduduk terbunuh," lapor Xinhua memetik seorang pegawai kanan polis di Ukhrul, Ningshem Vashum.

Iklan
Iklan

Berikutan pembunuhan itu, tentera kerajaan dikerah ke kampung itu untuk menangkap penyerang.

Keganasan yang berterusan akibat pertembungan etnik antara majoriti kumpulan Meitei dan minoriti suku kaum Kuki, setakat ini mengorbankan lebih 150 orang di negeri itu.

Iklan
Iklan

Kumpulan perusuh juga melakukan vandalisme dan membakar ratusan rumah dan kedai. - Bernama-Xinhua