Allahyarham Johari suka bersedekah, mudah didekati - Penduduk Pelangai

Iklan
Laporan Sinar Harian.

KUANTAN - Sikap pemurah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang suka bersedekah meninggalkan kesan amat mendalam kepada penduduk di kawasan itu.

Seorang penduduk, Mark Lai, 46, berkata, Johari tidak lokek untuk membiayai rawatan bapanya yang menghidap penyakit jantung pada April lepas.

Iklan
Iklan

"Saya menghubungi dia (Johari) untuk meminta bantuan bagi mendapatkan rawatan di hospital kerajaan di Bentong, namun DSJo (gelaran diberi penduduk kepada arwah) beritahu saya untuk terus ke sebuah hospital swasta di Selangor.

"Pesannya, jangan risau tentang kos kerana dia akan bayar. Saya tahu bilnya sekitar RM10,000 tapi tidak pernah sekalipun dia menyebut tentang duit itu bila kami berjumpa," katanya semasa dihubungi di sini pada Jumaat.

Iklan

Mark yang merupakan anggota bomba sukarela di Telemong berkata, Johari juga sering bertanyakan pasukan sukarela jika memerlukan bantuan dalam usaha memperkasakan aspek penyelamatan.

Menurutnya, sejurus mendapat perkhabaran Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Pahang adalah antara 10 individu terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam pada Khamis, dia terus bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, Selangor.

Iklan

Sementara itu, penduduk Simpang Pelangai Rusniza Abu Hassan, 50, berkata, Allahyarham merupakan individu yang tidak sombong dan mudah didekati walaupun merupakan figura korporat yang berjaya.

"Setiap kali datang (ke kawasan), arwah memang mudah berborak. Kalau terserempak di mana-mana, pasti akan mengangkat tangan. Bila dengar namanya dalam senarai penumpang pesawat terhempas, saya sukar hendak percaya dan menyemak pelbagai laporan (berkaitan nahas).

"Bila sudah pasti, saya segera telefon emak dan kami berdua terus menangis kerana mengingati hubungan baik Allahyarham dengan arwah bapa saya, sejak sebelum beliau menjadi ADUN. Beliau juga tidak asing di rumah kami kerana kerap juga berkunjung bila di Pelangai," katanya.

Menerusi perbualan telefon itu, ibunya juga berkongsi cerita mengenai hasrat Johari untuk mewujudkan pusat dialisis di Pelangai, memandangkan pesakit buah pinggang perlu menempuh perjalanan jauh untuk ke Temerloh atau Bera bagi mendapatkan rawatan..

Bagi Tok Ampat Kampung Agropolitan Chemomoi, Abdul Kholid Mohd Sharif, 61, berkata, walaupun baru bergelar ADUN tahun lepas, Johari sebenarnya sudah lama mencurah bakti di Pelangai.

Sikap merendah diri Johari setiap kali bertemu penduduk menyebabkan dirinya mudah didekati tanpa sebarang protokol, selain sering dijemput menghadiri majlis sekitar Pelangai.

"Allahyarham pernah cerita, hidupnya susah sebelum berjaya dalam perniagaan. Dia kabor (beritahu) sejak dulu, memang telah berniat, wajib membantu orang susah kalau diberikan rezeki senang.

"Disebabkan itu, Allahyarham tidak pernah lokek dan suka bersedekah... sayang dia cepat diambil (kembali ke rahmatullah)," katanya dan menambah banyak surau dan masjid di Pelangai mengadakan majlis bacaan Yassin buat semua korban nahas pesawat itu pada Khamis.

Abdul Kholid yang mesra dipanggil Pak Long juga berkata, Johari sentiasa berada di kawasan pada hujung minggu bermula Jumaat dan mengikut jadual Allahyarham sepatutnya hadir mesyuarat koperasi hari ini, disusuli menyampaikan sumbangan di masjid dan menziarah penduduk.

Johari, 53, merupakan seorang daripada 10 terkorban dalam nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor petang Khamis.

Lapan yang maut adalah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian. - Bernama

p>ARTIKEL BERKAITAN

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini

Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna

Paling awal bedah siasat selesai pada Isnin - Razarudin

Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu

'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim

Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS