Wataru Endo sah milik Liverpool

Iklan
WATARU ENDO FOTO: FB LIVERPOOL

LIVERPOOL telah melengkapkan pembelian kapten Jepun, Wataru Endo dari VfB Stuttgart dengan harga £16 juta (RM94.49 juta).

Pemain berusia 30 tahun itu menandatangani kontrak selama empat tahun dan menamatkan pencarian Liverpool untuk posisi pemain tengah bertahan.

Iklan
Iklan

The Reds gagal menandatangani pilihan utama iaitu Moises Caicedo dan Romeo Lavia yang telah menyertai Chelsea.

"Dia adalah pemain berpengalaman, kapten Stuttgart, kapten Jepun, boleh bercakap bahasa Inggeris, jentera di atas padang dan pemain bola sepak yang baik.

Iklan

"Jadi, saya sangat gembira kerana dia sangat berpengalaman dan bekerja keras,” kata pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.

Endo menjadi pemain ketiga yang dibawa masuk oleh Liverpool pada musim panas selepas Alexis Mac Allister dan Dominik Szoboszlai.

Iklan