Neymar janji tak 'main-main'

Iklan
Neymar. - Foto Agensi

BINTANG sensasi, Neymar bertekad mengerah segala kudrat untuk membantu kelab baharunya, Al Hilal meraih kejuaraan dalam saingan Liga Pro Saudi musim ini.

Malah pemain Brazil itu menanam janji tidak 'main-main' dalam kariernya sebaliknya tekad bekerja keras untuk memberi kegembiraan kepada kelab dan penyokong.

Iklan
Iklan

"Saya percaya apabila bercakap mengenai bola sepak, kita berkongsi minat yang sama seperti peminat Al Hilal. Mereka boleh mengharapkan saya untuk bekerja keras di atas padang.

Neymar sebelum ini membuat kejutan besar apabila bersetuju untuk menyertai Al Hilal.

Iklan

Kehadiran Neymar menjadikan Liga Pro Saudi lebih meriah kerana bintang seperti Sadio Mane, Karim Benzema, N’Golo Kante, Riyad Mahrez dan Kalidou Koulibaly sudah mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo ke negara Teluk itu.

Neymar juga menyimpan impian peribadi untuk membantu Al Hilal merangkul trofi.

Iklan

"Sudah tentu. Ada objektif iaitu untuk memenangi gelaran demi gelaran. Memenuhi cita-cita kelab. Saya sangat bersemangat tentang itu.

"Saya teruja untuk memulakan lembaran baharu dalam karier di Arab Saudi. Mengejar matlamat dan cita-cita kelab serta membantu rakan sepasukan saya,” kata Neymar.

Musim lalu, Al Hilal berada di tempat ketiga dalam saingan Liga Pro Saudi.