SHAH ALAM - Van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) akan dibawa ke Mahkamah Koroner, Rabu depan sebagai rujukan pihak berkepentingan dalam Inkues Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.
Koroner Rofiah Mohamad memutuskan perkara itu selepas membenarkan permohonan Pegawai Pengendali Inkues, Faten Hadni Khairuddin hari ini.
Iklan
Iklan
Terdahulu, Faten Hadni memohon kebenaran mahkamah membawa van EMRS tersebut untuk menguji kelajuan kenderaan itu.
Perkara itu tidak dibantah oleh pihak lain.
Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van EMRS BBP Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, pada 27 November tahun lalu.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu.