Ronaldo, Mane gagal bantu Al-Nassr catat kemenangan

Iklan
Ronaldo gagal membantu Al-Nassr apabila tewas 0-2 kepada Al-Taawoun dalam aksi Liga Pro Saudi pada Sabtu. - Foto AFP

CRISTIANO Ronaldo dan Sadio Mane gagal memberikan impak, menyaksikan Al-Nassr mengalami kekalahan 0-2 kepada Al-Taawoun dalam aksi Liga Pro Saudi pada Sabtu.

Kedua-dua bintang itu tidak dapat membantu Al-Nassr mencipta kemenangan walaupun Al-Taawoun hanya mempunyai tujuh pemain yang bernilai lebih £1 juta.

Iklan
Iklan

Keputusan itu menyaksikan Al Nassr yang telah membelanjakan wang yang banyak untuk menarik pemain dari Eropah mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam saingan liga itu musim ini.

Walaupun dibarisi pemain bintang seperti Ronaldo, Mane, Anderson Talisca dan Marcelo Brozovic, mereka bergelut untuk mengancam lawan mereka.

Iklan

Pasukan pelawat mendahului menerusi tandukan penyerang Cameroon Leandre Tawamba daripada sepakan sudut pada minit ke-20.

Mane berebut bola semasa perlawanan antara Al-Nassr dan Al-Taawoun dalam aksi Liga Pro Saudi pada Sabtu. - Foto AFP

Al Taawoun mempamerkan corak permainan bertahan dengan lima pemain di benteng belakang menyukarkan Al Nassr mencari gol sepanjang perlawanan.

Iklan

Gol lewat daripada pemain gantian, Ahmed Bahusayn memastikan kemenangan 2-0 untuk Al Taawoun pada masa tambahan.

Pada aksi pembukaan liga, Al-Nassr yang baru sahaja memenangi Piala Juara Kelab tewas kepada Al-Ettifaq pada Selasa lalu.