PRK: Suhaizan, Nazri calon PH Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram

Iklan
Dari kiri: Suhaizan, Nazri

SHAH ALAM - Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Suhaizan Kaiat diumum sebagai calon parti itu mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai manakala Timbalan Ketua Amanah Kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman pula diletakkan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu melalui satu kenyataan media pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurut Mohamad, Jawatankuasa Pemilihan Calon Bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram telah mengemukakan senarai calon kepada beliau serta Ahli Jawatankuasa Nasional Parti Amanah Negara pada 17 Ogos 2023 untuk dimuktamadkan.

"Setelah mengambil kira semua faktor dan pandangan daripada jawatankuasa ini, saya dengan ini mengumumkan Suhaizan dan Nazri akan bertanding mewakili Amanah dan PH serta parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

Iklan

"Insya-ALLAH calon-calon ini akan diperkenalkan dalam Majlis Memperingati Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayob pada 23 Ogos 2023 nanti di DUN Simpang Jeram, Johor Darul Takzim," jelasnya.

Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh kepimpinan parti Amanah iaitu Naib Presiden, Adly Zahari; Setiausaha Agung, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli; Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar; Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional, Aiman Athirah Al Jundi; Ketua Pemuda, Hasbie Muda dan Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan.

Iklan

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi selepas kematian Salahuddin pada 23 Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:

PN serah 15 nama calon DUN Simpang Jeram, Parlimen Pulai

PRK Pulai, Simpang Jeram: Lapan borang pencalonan sudah dibeli

Gelombang hijau sukar diterima di Johor - Aminolhuda