JURGEN Klopp menyifatkan Wataru Endo sebagai 'raksasa sebenar' di atas padang dan mengharapkan pemain tengah Jepun itu untuk membuat kejutan di Liverpool seperti yang pernah dilakukan James Milner.
Pemain berusia 30 tahun itu menyertai The Reds dari Stuttgart dengan harga £16 juta (RM94 juta) selepas Liverpool kempunan merekrut Moises Caicedo dan Romeo Lavia yang memilih untuk menyertai Chelsea.
Liverpool telah melepaskan beberapa pemain tengah pada musim panas ini termasuk Milner yang pernah menjadi watak penting dalam beberapa tahun kebelakangan ini terutama dalam laluan untuk Liverpool memenangi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.
"Dia seorang yang lambat berkembang dalam kariernya dan dia sudah pasti dipandang rendah sejak sekian lama.
Jelas sekali dia telah meningkat setiap tahun sejak dia berada di kelab bola sepak yang betul.
"Tiada sesiapa pun terfikir dia berumur 30 tahun ketika anda melihatnya.
Salah seorang legenda Liverpool terbesar pada zaman saya ialah James Milner dan dia tiba di sini ketika berusia 29 tahun.
Wataru boleh memberi impak yang sama.
"Minggu lepas jelas satu minggu yang sukar.
Tetapi apabila anda mempunyai masalah, anda boleh berpegang kepada masalah itu atau mencari penyelesaian, saya lebih gembira untuk mendapatkan penyelesaiannya," katanya.
Endo menandatangani kontrak selama empat tahun di Anfield dan bakal mengisi posisi pemain tengah bertahan.