Semarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2023

Iklan
Peniaga, Wan D'zlyshah Wan Shahreman (tengah) bersama isteri Tengku Nurul Hidayah Tengku Abdul Malek (dua, kanan) serta anak-anak mereka yang berbusana tradisional Melayu mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2023 semasa tinjauan di Payang Walk.

Sambutan Hari Kebangsaan bertemakan 'Tekad Perpaduan Penuhi Harapan' dan tema itu selari dengan tekad dan komitmen kerajaan untuk membangunkan sebuah negara dengan rakyatnya yang bersatu padu, memiliki semangat perpaduan tinggi serta hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.