Tidak memihak kepada Pas bukan tanda lawan Islam

Iklan
Akmal

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang mendakwa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri itu melawan perjuangan Islam.

Kata Muhamad Akmal, tidak semestinya individu yang berpegang kepada perjuangan politik berbeza dengan parti pimpinan kerajaan negeri itu melawan Islam.

Iklan
Iklan

"Parti politik ini bukan agama. Sejak dari merdeka sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Islam tetap terbela dan dimartabatkan di bumi Malaysia walaupun pada ketika itu, bukan Pas yang memerintah.

"Malah Malaysia ketika itu cukup dikenali di seluruh dunia sebagai antara model negara Islam terbaik di dunia.

Iklan

"Bukan itu sahaja, UMNO pada ketika itu adalah tunjang parti kerajaan dan tidak pernah sekali pun menyatakan sesiapa yang tidak menyokong parti itu maka tidak memperjuangkan Islam,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Sabtu.

Baru-baru ini, tular satu rakaman video berdurasi 44 saat yang memaparkan Mohd Nassuruddin mendakwa dua ADUN pembangkang di Kelantan melawan perjuangan Islam ketika menyampaikan kuliah di Kota Bharu pada Jumaat.

Iklan

Mengulas lanjut, Muhammad Akmal menggesa supaya politik perpecahan itu dihentikan kerana rakyat kini memerlukan pemimpin yang bekerja dan bukannya memecah-belahkan masyarakat melalui sentimen ekstremis.

Tambahnya, politik seharusnya menyatukan rakyat dan digunakan untuk mempertahan agama bukan sebaliknya.

"Jangan kita yang menjadi fitnah dan imej buruk untuk agama Islam pada mata orang lain,” ujarnya.