Lelaki tertua di Malaysia meninggal dunia pada usia 113 tahun

Iklan
Seliman Bandang ketika meraikan ulang tahun kelahirannya ke -113 di Saratok bersama cucunya dengan memegang sijil Malaysia Book of Record sebagai lelaki tertua di Malaysia. - Foto Michael Bandang

KUCHING - Warga emas pemegang Malaysia Book of Record sebagai lelaki tertua dalam negara Seliman Bandang, 113 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Saratok, pada Sabtu.

Cucu Seliman, Michael Bandang memaklumkan datuknya itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Saratok sekitar jam 5 pagi tadi.

Iklan
Iklan

"Aki (Datuk) saya dimasukkan ke Hospital Saratok pada 10 Ogos lalu kerana dia demam kemudian dia tidak mahu makan, Aki tidak ada sakit lain,” katanya kepada Astro AWANI di sini pada Sabtu.

Tambah Michael, pemergian Aki satu kehilangan yang besar buat keluarga kerana mendiang sering menjadi tempat untuk mengadu selain suka memberi nasihat.

Iklan

"Apa-apa yang kami buat sebelum ini, memang akan tanya dulu pendapatnya sebalum mana-mana keputusan dibuat, dia seorang yang suka memberi nasihat dan mengajar kami erti menghargai orang lain,” ujarnya lanjut.

Seliman yang dilahirkan pada 21 Mac 1910 itu sempat menyaksikan sendiri siri penjajahan Jepun dan pemerintahan kerajaan British di bawah naungan Rajah Putih kedua James Brooke.

Iklan

Pada tahun yang sama juga sejarah perjalanan Sarawak dalam industri minyak dan gas bermula dengan pengoperasian telaga minyak pertama yang dikenali sebagai"Old Lady” di Miri pada 22 Disember 1910.

Jasad mendiang akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kristian di Rumah Panjang masyarakat Iban, Rumah Mulok, Klua Krian, Saratok selepas tempoh penghormatan akhir.

Mendiang meninggalkan dua orang anak, sembilan orang cucu dan 13 orang cicit sementara isterinya telah meninggal dunia pada tahun 1983. - AWANI