SUNGAI PETANI - Adik kepada penghantar makanan yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Noorhidayah Muhammad Salleh, 30, tidak menyangka abangnya, Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, menepati janji untuk pulang awal sempena majlis pernikahannya namun dalam keadaan tidak bernyawa.
Noorhidayah berkata, dia dijadualkan bernikah pada Jumaat depan dengan lelaki pilihan hatinya.
"Ketika sambutan Aidiladha, kami berbincang tentang majlis perkahwinan saya. Abang cakap nak balik awal. Betul, dia balik awal," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda Kampung Jerung, di sini pada Sabtu.
Menurut Noorhidayah, dia mewakili ahli keluarga lain turut merayu agar orang ramai memadam dan berhenti menyebarkan video kejadian melibatkan abangnya.
"Saya minta jasa baik seluruh rakyat Malaysia, yang masih menyebarkan gambar dan video abang saya, saya minta tolong sangat-sangat untuk padam dan hentikanlah sebar.
"Kita tak tahu ALLAH nak jemput dia dengan cara macam tu, minta jaga perasaan keluarga sebab kami sekeluarga masih terkejut dengan apa yang berlaku," katanya.
Dalam pada itu, Noorhidayah yang juga anak kedua daripada lima beradik bersyukur kerana urusan membawa pulang serta pengebumian arwah abangnya berjalan lancar walaupun tidak membuat sebarang persiapan untuk pergi ke sana.
"Memang bergerak pada Khamis malam, dengan niat nak ambil (jenazah) abang bawa balik, sampai sahaja di sana, semua urusan sangat dipermudahkan.
"Allahuakbar, ALLAH permudahkan segalanya. Ramai yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir," katanya.
Muhamad Hafiz merupakan seorang dari 10 mangsa yang terkorban dalam kejadian nahas pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) di Persiaran Elmina, Shah Alam, pada Khamis.
Kejadian turut mengorbankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.
ARTIKEL BERKAITAN
Punca pesawat tiba-tiba terjunam
Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna
Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis
Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar
Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat
Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna
Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun
Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang
'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'
Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis
Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen
Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan
Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman
Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini
Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna
Paling awal bedah siasat selesai pada Isnin - Razarudin
Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu
'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim
Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS
Tayamum antara kaedah urus jenazah tidak sempurna - Mufti
Nahas Elmina: Dugaan 54 hari berpantang
'Ayah, mak terduduk bila dapat tahu tentang abang' - Adik mangsa
Nahas Elmina: CVR mampu rakam bunyi kokpit selama dua jam
Allahyarham Johari suka bersedekah, mudah didekati - Penduduk Pelangai
Nahas Elmina: Proses bedah siasat semua mangsa selesai
Nahas Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserahkan kepada waris
Nahas Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'