Kerajaan sedia bantu keluarga Muhamad Hafiz - Steven Sim

Iklan
Jenazah penunggang p-hailing Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, diturunkan ke dalam liang lahad untuk pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jerung, pada Sabtu. - Foto Bernama

SUNGAI PETANI - Kerajaan bersedia menghulurkan bantuan kepada keluarga Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, di Shah Alam, Selangor bagi membantu meringankan beban keluarga terbabit.

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong berkata, pihaknya juga bersedia membantu sebarang urusan keluarga Allahyarham Muhamad Hafiz di Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

"Kalau ahli keluarga nak ambil barang-barang arwah di Kuala Lumpur atau perlukan apa-apa bantuan, saya sudah beritahu bapa mangsa (Muhamad Salleh Othman, 57) boleh hubungi saya atau mana-mana wakil kerajaan.

"Hari ini pun saya hadir mewakili Menteri Pengangkutan Anthony Loke untuk ziarah dan menyerahkan bantuan sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa," katanya kepada pemberita selepas pengkebumian jenazah Allahyarham Muhammad Hafiz di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Kampung Jerung di sini pada Sabtu.

Iklan

Jenazah sebelum itu disolatkan di masjid berkenaan tidak jauh dari tanah perkuburan tersebut yang diimamkan Bilal 1 Masjid Al Huda, Izzuddin Ariffin.

Kira-kira 1,000 penduduk, kenalan dan saudara-mara serta masyarakat setempat memenuhi kawasan tanah perkuburan itu bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Iklan

Turut memberi penghormatan terakhir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sidam, Bau Wong Bau Ek.

Tragedi yang berlaku pada jam 2.48 petang Khamis itu menyaksikan sebuah pesawat peribadi terhempas dan mengorbankan 10 individu termasuk lapan penumpang dan kru pesawat selain meragut nyawa dua pengguna jalan raya masing-masing seorang pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN

Punca pesawat tiba-tiba terjunam

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini

Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna

Paling awal bedah siasat selesai pada Isnin - Razarudin

Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu

'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim

Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS

Tayamum antara kaedah urus jenazah tidak sempurna - Mufti

Nahas Elmina: Dugaan 54 hari berpantang

'Ayah, mak terduduk bila dapat tahu tentang abang' - Adik mangsa

Nahas Elmina: CVR mampu rakam bunyi kokpit selama dua jam

Allahyarham Johari suka bersedekah, mudah didekati - Penduduk Pelangai

Nahas Elmina: Proses bedah siasat semua mangsa selesai

Nahas Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserahkan kepada waris

Nahas Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'