5,000 hektar alam semula jadi terbakar di Tenerife, Sepanyol

Iklan
Gambar diambil dari perbandaran La Victoria de Acentejo, di lembah Guimar di Pulau Canary Tenerife, menunjukkan asap berkepul-kepul dari salah satu bahagian depan kebakaran hutan di puncak utara pulau itu. - Foto AFP

MADRID - Kebakaran telah memusnahkan kira-kira 5,000 hektar kawasan hutan di pulau Tenerife di Kepulauan Canary Sepanyol, Presiden wilayah, Fernando Clavijo mengumumkan pada petang Jumaat.

Perintah pemindahan beberapa ribu penduduk di daerah El Rosario ditarik balik, berikutan api merebak semakin perlahan, lapor agensi berita dpa.

Iklan
Iklan

Api, yang marak di timur laut pulau itu sejak lewat petang Selasa, dilaporkan berjaya dipadamkan oleh kira-kira 300 anggota kecemasan pada malam Jumaat.

Sebanyak 18 pesawat dan helikopter pemadam kebakaran dirancang dikerahkan semula pada pagi Sabtu.

Iklan

Lebih 4,000 orang telah dipindahkan ke pusat perlindungan kecemasan yang telah disediakan.

Punca kebakaran yang berlaku berhampiran bandar kecil Arafo, masih belum dipastikan.

Iklan

Menurut Presiden wilayah Clavijo, insiden ini mungkin paling teruk di Tenerife dalam tempoh 40 tahun yang lalu.

Usaha memadam kebakaran dilaporkan terhalang dari awal ekoran bentuk muka bumi yang berceranggah dan cuaca buruk.

Jalan masuk ke gunung berapi popular Gunung Teide telah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga. - Bernama