Kerajaan disaran tangani jurang pembangunan antara negeri

Iklan
Noor Azlan

SHAH ALAM - Jurang pertumbuhan dan pendapatan antara negeri lokomotif (Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Melaka) berbanding negeri-negeri lain amat membimbangkan dan tidak seharusnya berterusan sedemikian.

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali menjelaskan, pertumbuhan dan pembangunan ekonomi perlu bersifat inklusif agar semua rakyat merasai manfaatnya.

Iklan
Iklan

"Perancangan pembangunan khusus negeri (state specific) sangat diperlukan. Belanjawan negeri tahunan sahaja tidak mencukupi. Di samping pelan pembangunan induk dan sektoral negara, kita mesti beri perhatian kepada negeri terkebelakang (laggards) yang perlu membuat ‘catch-up’, mengejar negeri lokomotif.

"Negeri dan wilayah lokomotif juga tidak boleh leka. Terus membangun dengan pantas. Pastikan sifat lokomotif ini mampan dan semua merasa manfaatnya.

Iklan

"Sasaran pertumbuhan dan pembangunan khusus negeri perlu diangkat, diuar-uarkan kepada khalayak. Pelaksanaan dan kemajuan mesti di pantau dan dilaporkan. Kepimpinan kerajaan negeri mesti menerajui dan bertanggungjawab," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan Kementerian Ekonomi agar tidak lagi bersifat Putrajaya-centric (berpusat) dan mewujudkan pelan strategik pembangunan negeri menerusi kerjasama kerajaan Persekutuan.

Iklan

Menurut Noor Azlan, bukan matlamat untuk menyamai negeri lokomotif tetapi memadai dapat mengurangkan jurang secara terancang.

"Bagaimana perancangan induk negara akan mengesani setiap negeri perlu diperjelaskan. Tidak boleh dipisahkan, padah akibatnya.

"Kita maklum pemimpin berbeza dengan pendirian politik. Sebagai ahli ekonomi, seruan saya bersama untuk pembangunan ekonomi, perbezaan politik tidak boleh dijadikan halangan untuk pembangunan ekonomi. Rakyat yang merana," tegasnya.