IPOH - Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah setelah kereta jenis Proton Waja yang dinaiki mereka dipercayai terbabas lalu merempuh tiang elektrik di hadapan sebuah kilang di Jalan Kuala Kangsar, dekat sini awal pagi Ahad.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 2.17 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh bergegas ke lokasi.