Teknik patologi bantu kenal pasti mangsa nahas pesawat

Iklan
Antara waris yang hadir di Jabatan Forensik HTAR, di Klang, pada Ahad.

KLANG - Kesemua mangsa nahas pesawat di Elmina, Seksyen U16 Shah Alam telah dikenal pasti melalui pelbagai teknik patologi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketiga-tiga teknik itu ialah padanan cap jari, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan rekod pergigian.

Iklan
Iklan

"Kesemua 10 mangsa sudah dikenal pasti, salah seorang mayat mangsa telah diserahkan kepada waris semalam (Sabtu), manakala sembilan lagi akan diserahkan kepada keluarga masing-masing hari ini," katanya pada sidang media di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, pada Ahad.

"Siasatan masih diteruskan, kita akan memanggil lebih ramai individu untuk membantu siasatan,” katanya.

Suasana di HTAR, di Klang pada Ahad.

Iklan

Terdahulu, jenazah pertama mangsa nahas pesawat dituntut ahli keluarga pada 9.30 pagi Sabtu.

Seramai 10 individu disahkan terkorban iaitu dua kru pesawat, enam penumpang dan dua orang awam.

Iklan

Mangsa dikenal pasti adalah juruterbang Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim.

Enam penumpang pula adalah Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Datuk Seri Johari Harun, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali.

Orang awam masing-masing adalah pemandu kenderaan e-hailing, Sharipuddin Shaari dan penunggang motosikal yang juga penghantar makanan, Muhamad Hafiz Muhammad Salleh.

Pada Khamis, media melaporkan pesawat peribadi itu berlepas dari Langkawi, Kedah dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, pada jam 2.50 petang, namun terhempas dua minit sebelum waktu pendaratan.